News_archive

Najib Hadir Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina Di Sitiawan

By Friday January 27th, 2012 No Comments

SITIAWAN, 28 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di padang terbang Sitiawan di sini, bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina.

Najib dan isteri tiba di tapak majlis tersebut kira-kira pukul 9 malam dengan menaiki bas yang disediakan pihak penganjur dari Pangkalan TLDM Lumut.

Beliau disambut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Setibanya di tapak majlis, Najib dan isteri disambut meriah dengan tarian kebudayaan pelbagai kaum.

Majlis yang dihadiri kira-kira 50,000 itu turut diserikan dengan persembahan Selamat Datang, pelancaran gimik, persembahan artis dan kumpulan kesenian.

Sumber : Bernama

Leave a Reply