News_archive

Najib Hadir Rumah Terbuka Gawai Dayak 2009 Di Kuching 13 Jun Ini

By Thursday May 21st, 2009 No Comments

KUCHING, 22 Mei (Bernama) — Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan majlis rumah terbuka Gawai Dayak 2009 peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan di Petra Jaya di sini pada 13 Jun ini.

Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Datuk Michael Manyin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri acara sambutan itu dan kerajaan pusat telah memperuntukkan RM650,000 untuk majlis itu.

“Sambutan perayaan Gawai Dayak peringkat negeri tahun ini dibatalkan berikutan pemergian Allahyarham Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud, bulan lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ihsan kepada mangsa banjir dan subsidi minyak untuk pemilik bot enjin sangkut di daerah Serian, dekat sini, Jumaat.

Beliau menyampaikan sejumlah RM93,000 kepada 186 keluarga mangsa banjir manakala RM242,460 diberikan kepada 669 pemilik bot enjin sangkut sebagai subsidi minyak.

Sumber : Bernama

Leave a Reply