News_archive

Najib Hadir Malam Pendekar 1Malaysia Di Pulau Pinang 24 Jan Ini

By Thursday January 12th, 2012 No Comments

GEORGE TOWN, 12 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Malam Pendekar 1Malaysia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) di Anjung Times Square, Jalan Dato’ Keramat di sini pada 24 Jan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata tarikh itu dipilih sendiri oleh Perdana Menteri memandangkan beliau tidak dapat hadir ke program itu seperti yang dijadualkan esok.

“Perdana Menteri ada satu program yang amat penting di Perak esok iaitu pertemuan semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Beliau memang telah memilih satu tarikh yang lain dengan persetujuan Mahaguru PSSLM (Tan Sri Omardin Mauju),” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan penundaan tarikh program itu malam Khamis.

Dr Koh berkata penganjuran program itu menunjukkan semangat 1Malaysia yang menghimpunkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum yang terdiri daripada ahli persatuan seni mempertahankan diri di Pulau Pinang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply