News_archive

Najib Garis Tiga Pendekatan Transformasikan Sektor Koperasi Negara

By Saturday July 9th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tiga pendekatan yang perlu menjadi amalan dalam usaha mentransformasikan sektor koperasi negara supaya bersifat besar, total dan komprehensif.

Perdana Menteri berkata pendekatan itu ialah dengan melihat sama ada koperasi itu memerlukan perubahan struktural iaitu mempunyai kemampuan untuk berdaya maju serta berdaya saing atau sebaliknya.

Misalnya, beliau berkata langkah yang dilaksanakan dengan menggabungkan bank-bank sebelum ini, memberi kesan yang besar kepada sektor kewangan negara dan langkah itu juga boleh dilakukan dengan menggabungkan koperasi-koperasi kecil menjadi lebih besar.

“Satu ketika dulu, kita ada banyak bank komersial tetapi sekarang ada lapan bank utama. Apabila kita gabungkan, maka setiap bank komersial ada kekuatan yang lebih untuk bersaing dan lebih maju.

“Kalau koperasi kecil dalam perkhidmatan teksi sekadar 30 buah teksi…kalau kita bertahan dengan ini, kita rasakan cukup selesa, tentu sekali kita tidak akan dapat kemajuan yang besar.

“Sebaliknya, bila kita melakukan perubahan sktruktural, kita gabungkan menjadi lebih besar dan dalam perniagaan, lazimnya lebih besar lebih baik, maknanya daripada segi saiz ada signifikan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2011 di sini hari ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply