News_archive

Najib Disambut 300 Anggota Umno Di Pejabat Parti

By Thursday April 23rd, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disambut kira-kira 300 anggota Umno pelbagai peringkat dan kakitangan ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu tiba pada pukul 9.45 pagi dan diiringi Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Sebelum memasuki pejabat presiden buat kali pertama selepas memegang jawatan presiden pada pemilihan Umno bulan lepas, Najib meluangkan masa selama 10 minit melawat Galeri Umno di tingkat empat bangunan itu.

Beliau kemudiannya menaiki lif menuju pejabatnya di Tingkat 39.

Najib juga akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno buat kali pertama selepas memegang tampuk jawatan presiden, petang ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply