News_archive

Najib dikunjungi delegasi China

By Sunday March 22nd, 2009 No Comments
KUALA LUMPUR 23 Mac – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari China di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Delegasi lima orang itu diketuai oleh naib pengerusi NPC Li Jianguo.

Pada pertemuan selama setengah jam itu, kedua-dua pihak mengambil kesempatan untuk berbincang berhubung isu-isu semasa termasuk sistem dan perjalanan Parlimen.

Pagi tadi, delegasi itu menemui Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 
Sumber: Bernama

Leave a Reply