News_archive

Najib Dijangka Temui 20,000 Warga Industri Di Selangor, Jumaat Ini

By Wednesday January 4th, 2012 No Comments

SHAH ALAM, 4 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bertemu kira-kira 20,000 warga industri di semua sektor pada 7 Jan ini di Pusat Kecemerlangan Proton dekat sini sempena program Nurani Rakyat di Selangor selama dua hari bermula Jumaat.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Perdana Menteri akan meluangkan masa bertemu dengan warga industri dalam di Selangor serta meluangkan masa makan tengah hari pada program anjuran Proton.

Beliau berkata dua buah kereta sumbangan Proton bakal diberikan dalam cabutan bertuah yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri.

“Datuk Seri Najib akan memulakan kunjungan beliau kali ini di Hulu Selangor Jumaat ini bersama warga Felda Gedangsa dan sembahyang Jumaat di Masjid Pekan Kuala Kubu Bharu dan makan tengah hari bersama rakyat dan pemimpin di empat Parlimen iaitu Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohd Zin berkata Perdana Menteri juga akan melancarkan Majlis Komuniti 1Malaysia peringkat kebangsaan di Bukit Sentosa pada hari yang sama.

Beliau berkata Najib juga akan mengadakan perjumpaan dengan 2,500 pegawai dan kakitangan agensi persekutuan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, pada sebelah pagi, Sabtu ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply