News_archive

Najib Dijangka Mengadakan Lawatan Ke Kelantan Julai Ini, Kata Mustapa

By Sunday June 19th, 2011 No Comments

KOTA BAHARU, 19 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada 2 Julai ini dengan menghadiri beberapa program bertemu rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib dijadual melawat ke tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Machang dan Kota Baharu.

Di Pasir Puteh, Perdana Menteri dijangka menghadiri program perhimpunan rakyat dan mengadakan perjumpaan dengan pemandu kereta sewa, katanya kepada pemberita di sini.

Mustapa berkata Najib dijadual menunaikan solat zohor di Machang dan selepas itu mengadakan perjumpaan dengan rakyat serta penyokong dan pemain bola sepak Kelantan.

Di sebelah malam, Najib dijangka menghadiri majlis jamuan rakyat di Buluh Kubu, Kota Baharu dan melawat flet rumah rakyat yang pernah dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1980-an hingga 1990.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan PAS Kelantan tidak pernah membina rumah mampu milik untuk penduduk di negeri itu walaupun kini terdapat lebih 6,000 penduduk Kelantan memerlukan rumah mampu milik.

Sumber : Bernama

Leave a Reply