News_archive

Najib Dijadual Sampai Ucaptama Pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam

By Monday February 13th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Presiden Kelab Sahabat Bina Negara Mohd Khairuddin Mohammad berkata himpunan anjuran Kelab Sahabat Bina Negara itu akan membincangkan isu-isu semasa di kalangan umat Islam di Malaysia serta berusaha mencari kesepakatan serta penyelesaian untuk menyatukan pemikiran ummah.

“Matlamat utama himpunan ini bertujuan menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara golongan ulama, cendekiawan Islam dan penulis-penulis maya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga terlibat dalam satu daripada sesi perbincangan mengenai isu-isu semasa Islam dan Transformasi 1Malaysia.

Tajuk perbincangan lain termasuklah “Kesepaduan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Dalam Menyelamatkan Masalah Umat,” “Peranan Ulama dan Cendekiawan Islam Dalam Mendepani Dunia Siber” dan “Isu Kontemporari: Ancaman dan Cabaran Dunia Siber Terhadap Islam di Malaysia.”

Lebih 300 orang dijangka hadir pada himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply