News_archive

Najib Dan Rosmah Lakukan Umrah Menjelang Haji

By Wednesday November 2nd, 2011 No Comments

MEKAH, 2 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Selasa malam bertawaf di Baitul Al-Haram sebagai memulakan ibadah umrah yang menjadi sebahagian daripada tertib haji.

Mereka dilihat memasuki kawasan Mataf (laman Kaabah) pada 11 malam (4 pagi Rabu waktu Malaysia), di tengah-tengah ribuan jemaah haji yang sedang mengerjakan tawaf.

Perdana Menteri dan rombongan tiba dari Madinah petang semalam untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Pagi ini, beliau dan isteri melawat ibu pejabat Tabung Haji di Hotel Abraj Al-Janadiriah di sini selain beramah mesra dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.

Source : Bernama

Leave a Reply