News_archive

Najib Dan Lee Bertemu Di Putrajaya

By Thursday January 5th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengadakan perjumpaan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura di pejabatnya di sini pagi ini.

Ketibaan Lee pada 10.20 pagi disambut oleh Perdana Menteri di Aras Satu, sebelum kedua-dua pemimpin naik ke Aras Lima untuk meneruskan agenda pertemuan.

Ia disusuli dengan mesyuarat peringkat delegasi Malaysia dan Singapura di Aras Tiga Pejabat Perdana Menteri.

Sesi permukiman hari ini membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama dua hala sedia ada, serta menerokai inisiatif-inisiatif baru dalam bidang yang berpotensi untuk memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Singapura.

Sesi permukiman yang pertama diadakan pada Mei 2007 di Langkawi diikuti dengan sesi kedua di Singapura pada Mei 2010.

Sumber : Bernama

Leave a Reply