News_archive

Najib Bertemu Pemimpin BN Sabah

By Thursday February 16th, 2012 No Comments

KOTA KINABALU, 16 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Najib yang tiba pada kira-kira 7.30 malam di Magellan Sutera Harbour Resorts diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyertai kira-kira 200 pemimpin komponen BN untuk jamuan makan malam dan menyampaikan amanat pada sesi taklimat tertutup.

Perjumpaan kira-kira dua jam itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Terdahulu, Najib diiringi Musa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira 45 minit di Istana Negeri.

Esok, Najib yang juga Pengerusi BN dijadual melawat Lahad Datu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply