News_archive

Najib Bertanya Khabar Mengenai Kesihatan Raja Abdullah Melalui Telefon

By Saturday January 15th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Panggilan telefon yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud untuk bertanya khabar mengenai kesihatan baginda telah diberikan liputan meluas oleh media di Arab Saudi pada Sabtu.

Agensi berita Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Najib dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Raja Abdullah adalah baik.

Raja berusia 86 tahun itu yang sedang berehat di New York selepas menjalani dua pembedahan di bahagian belakang, turut mengucapkan terima kasih kepada Najib bagi panggilan telefon itu.

SPA melaporkan dalam perbualan melalui telefon itu, Najib dan Raja Abdullah turut menyentuh mengenai hubungan dua hala dan situasi di negara Islam dan antarabangsa secara menyeluruh.

Sumber : Bernama

Leave a Reply