News_archive

Najib Berlepas Ke Lombok Hadiri Perundingan Tahunan Ke-8 Malaysia-Indonesia

By Thursday October 20th, 2011 No Comments

SEPANG, 20 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Lombok pada Khamis untuk menghadiri Perundingan Tahunan Ke-8 Pemimpin Malaysia-Indonesia.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.

Perundingan di Lombok itu akan dihoskan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono

Perundingan tahunan itu dianjurkan secara bergilir di antara kedua-dua negara. Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Pemimpin Ke-7 di Putrajaya pada 18 Mei tahun lepas.

Sumber : Bernama

Leave a Reply