News_archive

Najib Berlepas Ke Bali Untuk Sidang Kemuncak Asean

By Wednesday November 16th, 2011 No Comments

PETALING JAYA, 16 Nov (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Bali petang Rabu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-19 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan yang bermula esok.

Perdana Menteri, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat khas kerajaan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini pada 3.15 petang ini.

Turut mengiringi Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sumber : Bernama

Leave a Reply