Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Beri Penghormatan Kepada Kaum Ibu Sempena Hari Ibu - Najib Razak
News_archive

Najib Beri Penghormatan Kepada Kaum Ibu Sempena Hari Ibu

By Sunday May 10th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada kaum ibu dengan mendedikasikan sanjungannya terhadap mereka kerana memberikan bimbingan dan sokongan, kasih sayang dan hala tuju kepada rakyat negara ini.

Dalam perutusan sempena Hari Ibu yang disiarkan di laman blognya www.1malaysia.com.my malam ini, Najib berkata tiada sesuatu pun yang boleh dibandingkan dengan kesucian kasih sayang seorang ibu.

“Hari Ibu menjadi hari kita memberikan penghormatan kepada kaum hawa yang teristimewa.

“Hari kita mengenang kembali siapa diri kita, kejayaan yang kita capai dan lahirnya kita di dunia, semuanya kerana mereka telah melahirkan kita. Hari Ibu menjadi hari kita mensyukuri diri kita berterusan dibimbing, sama ada mereka masih ada mahu pun telah pergi,” katanya.

Dalam perutusannya, Najib turut merakamkan penghargaaan dan kasih sayang abadinya kepada bondanya Tun Rahah Mohd Noah.

Katanya beliau tidak mungkin berada di kedudukannya sekarang jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.

Najib berkata beliau masih ingat bimbingan dan kehadiran sokongan ibu tersayang semasa membesar sebagai anak sulung kepada lima beradik.

“Mungkin pada waktu itu saya terlalu kecil untuk memahami sepenuhnya tanggungjawab yang dipikul ibu sebagai isteri seorang Perdana Menteri. Walaupun pada usia ini, saya masih tidak memahami sepenuhnya kasih sayang dan kesabaran ibu yang sentiasa menyokong anak-anaknya yang kini mereka sendiri adalah tokoh masyarakat dan sentiasa pula menjadi perhatian umum,” katanya.

(Bapa Najib ialah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua Malaysia).

Najib berkata beliau mengagumi dan terasa kecil oleh ketinggian peradaban dan sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati, kebijaksanaan serta gerak hati ibunya selama ini.

“Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami,” katanya.

Najib berkata sewajarnya masyarakat mengiktiraf peri pentingnya asal usul dan peranan yang dimainkan oleh komitmen dan kesetiaan di dalam kehidupan.

“Malaysia telah melahirkan generasi yang menyokong dan peluang untuk menjadi berdikari dan berjaya. Sedang kita bersama-sama berusaha untuk membina 1Malaysia dengan memenuhi potensi negara, kita sebenarnya membalas semangat memberi dan kemurahan hati tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Sumber : Bernama

Leave a Reply