News_archive

Najib Berbuka Puasa Di Kediaman Rasmi Muhyiddin Di Sri Satria

By Friday August 12th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Pada majlis yang diadakan di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, hadir sama ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Majlis tersebut turut dihadiri anggota jemaah menteri dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Najib dan Muhyiddin serta para tetamu turut menunaikan solat Maghrib dan kemudiannya Isyak dan solat sunat Tarawih.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada 80 anak yatim dari Sekolah Darul Tahfiz Umul Qura, Shah Alam.

Sumber : Bernama

Leave a Reply