News_archive

Najib bakal jadi cemerlang : Samy Vellu

By Monday April 6th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang baru hari ini sudah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin berkarisma dan berpandangan jauh, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sambil mengucapkan tahniah, beliau berkata, Najib bakal menjadi perdana menteri yang cemerlang untuk semua rakyat Malaysia berdasarkan kemampuannya yang sudah terbukti selama ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Samy Vellu meminta semua pihak perlu membenarkan Najib melaksanakan semua rancangan dan visi beliau mengikut caranya sendiri. “Semua perdana menteri ada stail masing-masing,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, pula menyambut baik kesungguhan Najib untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara.

Beliau juga yakin dengan kepimpinan Najib untuk menarajui Barisan Nasional.

“Beliau mampu melihat sesuatu itu menjangkaui politik kepartian dalaman sebaliknya mementingkan kerja sebagai satu pasukan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya – Bernama

Sumber : Bernama

Leave a Reply