News_archive

Najib alu-alukan semua pihak kongsi pendapat dengan beliau

By Monday April 13th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuka ruang kepada semua pihak untuk memberi pendapat dan berkongsi pandangan terhadap barisan baru Kabinet serta pendekatan pentadbiran yang berasaskan kemajuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri amat berminat untuk mengetahui harapan rakyat terhadap barisan jemaah menteri yang diumumkannya Khamis lalu itu bagi memastikan kebajikan serta pembangunan untuk semua golongan masyarakat terbela.

Menyatakan demikian dalam blognya, www.1malaysia.com.my semalam, Najib berkata, maklum balas dan komen yang dihantar kepadanya menerusi laman itu sejak pengumuman barisan Kabinet, adalah melegakan bagi sesetengah pihak tetapi ada juga menimbulkan persoalan bagi yang lain.

“Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini,” katanya.

?? Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan rakyat supaya menghormati tata cara dalam menyampaikan pandangan masing-masing walaupun beliau faham sebahagian daripada rakyat kini terlalu ghairah dengan barisan Kabinet yang diumumkan itu.

?? “Saya menyeru kepada semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah serta dalam semangat sebenar Satu Malaysia,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, anggota pentadbiran baru yang dipilihnya itu akan dipertanggungjawabkan untuk memajukan negara dan memastikan ia benar-benar Kabinet rakyat yang mampu berkhidmat kepada rakyat secara saksama dan berkesan.

?? “Beberapa faktor dipertimbangkan untuk memastikan barisan Kabinet ini benar-benar satu Kabinet rakyat, selain akan berusaha untuk membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa,” katanya.

?? Dalam sidang media khas bagi mengumumkan barisan pentadbirannya Khamis lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyenaraikan enam muka baru sebagai menteri manakala lapan menteri sebelum ini digugurkan.

?? Kabinet yang mencerminkan slogan ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ itu, menyaksikan Kementerian Penerangan; Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi; disusun semula menjadi dua kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula dimansuhkan dan fungsinya diserapkan ke kementerian lain, dengan Industri Kecil dan Sederhana oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Mara dan Tekun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

?? Penyusunan semula dan pemansuhan kementerian itu menjadikan Kabinet Najib lebih kecil dengan dianggotai 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

?? Dalam blognya semalam, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai pengalamannya menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak Berkaitannya, di Pattaya, Thailand yang terpaksa ditangguhkan, kelmarin.

?? Beliau berkata, penangguhan sidang kemuncak itu akibat tunjuk perasaan antikerajaan, menghalang pelbagai usaha murni kelompok negara serantau seperti Asean, sekali gus melambatkan manfaat daripada integrasi lebih erat beratus juta penduduk Asia Tenggara.

?? “Agak malang sekali pertemuan saya dibatalkan satu demi satu selepas pemimpin lain juga tidak dapat meninggalkan atau masuk ke tempat persidangan. Nasib baik, dengan bantuan angkatan bersenjata dan polis Thai, kami sampai ke lapangan terbang dalam perjalanan pulang, dengan selamat.

?? “Sebaik saja kami terbang, saya merenung kembali dengan penuh keprihatinan bagaimana cabaran politik dalam negara seperti ini boleh menghalang kerja baik kelompok negara serantau seperti Asean,” katanya.

Sumber : Berita Harian

katanya.

Leave a Reply