News_archive

Najib Akan Temui Orang Ramai Di Pasar Besar Sibu Jumaat Ini

By Wednesday April 25th, 2012 No Comments

SIBU, 25 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berada selama kira-kira sejam di Pasar Besar Sibu Jumaat ini untuk beramah mesra dengan orang ramai yang membeli-belah di pasar awam yang dipercayai terbesar di Malaysia itu.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King berkata para peniaga di pasar itu sungguh teruja dan tidak sabar menanti kedatangan hari yang bermakna itu.

“Kami juga menjemput pemimpin masyarakat setempat dan orang ramai untuk datang ke sana sebelum pukul 7.30 pagi kerana perdana menteri dan rombongan beliau dijangka tiba pada pukul 8 pagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Rabu.

Pasar itu mempunyai 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 “tamu” atau gerai pribumi serta terkenal sebagai pasar yang mempunyai pengurusan paling cekap di negara ini.

Ini merupakan kunjungan ketiga Najib ke situ, setelah mengunjunginya pada 23 Feb dan 13 Mei 2010.

Sumber : Bernama

Leave a Reply