Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Ajak Rakyat Bincang Meja Bulat - Najib Razak
News_archive

Najib Ajak Rakyat Bincang Meja Bulat

By Thursday May 26th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memperkenalkan platform interaktif yang baru, merupakan aplikasi mudah alih dan perbincangan Meja Bulat 1Malaysia secara online tidak lama lagi.

Menurut Najib, pengenalan itu akan membolehkan beliau terus mempertingkatkan interaksi bersama rakyat.

“Saya akan melancarkan mobile app & program Roundtable melalui laman web saya tidak lama lagi. Pendekatan baru utk berinteraksi dgn rakyat,” katanya dalam twitter hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, aplikasi terbaru itu menggabungkan semua platform online beliau, termasuk laman web, Facebook dan Twitter, supaya rakyat lebih mudah berhubung dengannya.

“Daripada beralih-alih, anda (rakyat) boleh meninggalkan komen di blog atau Facebook saya, menghantar Twitter dan mendaftar untuk pertemuan dengan hanya menggunakan satu perisian.

“InsyaAllah, saya akan memperkenalkan perisian tambahan ini dalam masa terdekat.

“Saya amat gembira mengenai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia secara online melalui 1Malaysia.com.my.

“Saya sentiasa ikhlas bahawa pembabitan secara langsung antara saya dengan anda amat penting bagi saya.

“Namun, saya juga menyedari bahawa masa saya amat terbatas dan perlu meluangkan waktu kepada beberapa tugas lain setiap hari,

“Oleh kerana itulah, saya kemukakan cadangan perbincangan meja bulat bagi membincangkan pemikiran yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara, dengan dibimbing pakar tempatan dalam pelbagai bidang,

“Pakar ini akan membantu kita dalam membentuk perbincangan online dan berkongsi pemikiran anda dengan saya,” kataya dalam laman web peribadi beliau semalam,

Sambil berharap rakyat akan gembira menggunakan dua platform itu tidak lama lagi, Najib berkata, ada beberapa lagi perancangan menarik sedang dirancangnya.

“Paling mustahak, saya berharap anda dapat menggunakan peluang ini sebijak mungkin. Bantulah saya untuk menjadikan negara kita bertambah makmur, berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya yang dapat kita banggakan bersama.

“Seperti biasa, pemikiran anda amat dialu-alukan. Marilah jadikan perbincangan ini berpanjangan,” katanya.

Leave a Reply