NAIKKAN Had Statutori Hutang 55% sekarang! Rejim Gagalkrasi PH adalah era…

By Friday May 15th, 2020 No Comments

NAIKKAN Had Statutori Hutang 55% sekarang!

Rejim Gagalkrasi PH adalah era paling gagal pernah ada dalam sejarah Malaysia.

Bukan sekadar banyak aset negara dijual secara lambak, defisit tahunan dinaikkan semula, Petronas dijarah RM100 bilion, bantuan dipotong, pasaran saham Malaysia tukar dari “world’s longest bull-run” menjadi paling corot dalam dunia tetapi PH suka meminjam dan menambah hutang negara.

Seolah-olah mereka mahu mencapai visi hutang negara benar-benar capai RM1 trilion.

Minggu lepas, BNM mengeluarkan statistik dan data untuk prestasi ekonomi bagi suku pertama 2020.

Antara data yang dikeluarkan ialah hutang negara setakat akhir bulan Mac 2020.

Saya sering kritik kerajaan kerana asyik menambah hutang tanpa membayar balik termasuk di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156992728735952

Dan saya banyak kali memperingati bahawa Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) tidak membenarkan kerajaan untuk meminjam lagi apabila hutang negara melebihi had statutori nisbah hutang kepada KDNK pada 55%.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156447353100952

Tapi PH tak pernah hirau.

Ini adalah link bagi data hutang negara terbaru BNM:
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo

Hutang negara telah naik dari RM686.8b pada akhir 2017 masa BN ke RM823.8b pada akhir suku-1 2020 manakala jaminan hutang kerajaan juga naik dari RM238b ke RM280.4b dalam tempoh yang sama.

Masa saya PM, kerajaan BN turunkan defisit negara tiap-tiap tahun untuk 8 tahun berturut-turut.

Selain melaksanakan cukai GST, kita juga turunkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dari 44% ke 12.7% pada akhir 2017.

Tetapi PH masuk dan naikkan semula defisit negara tiap-tiap tahun, mansuhkan GST, berikan tempoh bebas cukai 3 bulan dan naikkan semula kebergantungan kepada hasil minyak kepada 33%.

Akibatnya, nisbah hutang kepada KDNK yang telah diturunkan oleh kerajaan BN dahulu ke 48.7% pada suku 1 2018 sebelum PRU14 telah U-Turn dan naik semula ke 54.4% pada akhir suku-1 2020.

Dalam 22 bulan PH sahaja, nisbah hutang dinaikkan hampir 6%.

Ini bermakna kita sudah hampir cecah had statutori 55% seperti yang saya sebut tadi.

Pada bulan Mac, saya saran kerajaan untuk pinda akta-akta untuk naikkan had statutori 55% ini kerana saya kata impak Covid bukan main-main. Akan paling teruk dalam sejarah Malaysia dan banyak negara lain sudah meningkatkan defisit negara tahun 2020 mereka melebihi 10%.

Saya percaya kita hampir pasti perlu berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi, sumber GST sudah tiada dan harga minyak dunia amat rendah di bawah US$30 satu tong.

Namun, saya tidak galak kerajaan untuk menjual aset-aset negara pada masa nilai aset-aset serta pasaran saham domestik dan asing telah jatuh teruk akibat Covid.

Negara kita ada kekayaan RM2 trilion dan rizab tunai domestik yang besar.

Sebab itu, saya sekali lagi saran kerajaan untuk pinda akta-akta berkenaan untuk naikkan had statutori dari 55% ke 60% atau 65%.

Kerajaan PN perlu ada ruang dan kebebasan yang lebih besar untuk melawan impak ekonomi Covid tanpa dipaksa menjual aset negara pada masa nilai-nilai aset rendah.

Jika tak buat pada bulan Mei ini, buatlah bila parlimen bersambung pada 13 Julai.

Dengan ini, kita ada ruang untuk meminjam lagi dari sumber domestik tanpa perlu kerajaan menjual aset pada masa nilai aset rendah.

Dan kita ada ruang yang jauh lebih besar untuk membantu dan melaksanakan pakej-pakej rangsangan besar dan lagi bermakna untuk menyelamatkan negara kita dari krisis Covid yang digelar oleh IMF sebagai paling teruk dunia pernah mengalami.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157037885530952/

Leave a Reply