Mula-mula mereka kata “secepat mungkin” tak bermaksud segera. Lalu, titah…

By Wednesday July 7th, 2021 No Comments

Mula-mula mereka kata “secepat mungkin” tak bermaksud segera.

Lalu, titah Raja-Raja Pemerintah jelas ditulus “segera”.

Lepas itu, mereka kata YDP Agong tak beri tarikh.

Lalu, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara kata YDP Agong jelas titah “sebelum 1 Ogos”.

Jadi, mereka pun setuju buat sidang media hanya 5 hari sahaja untuk dengar Titah YDPA dan untuk bahas serta lulus bagaimana parlimen boleh bersidang secara maya tanpa memberi ruang untuk bahas bantuan Rakyat serta perancangan kerajaan untuk melawan Covid.

Sebab apa?

Sebab YDP Agong tak titah berapa hari parlimen perlu bersidang dan tidak titah secara spesifik bahawa bantuan Rakyat dan perancangan melawan Covid yang merupakan dua isu paling mustahak bagi negara ketika ini perlu dibincang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157994532670952/

Leave a Reply