News_archive

Wakil Perdagangan Amerika Ron Kirk Kunjungi Najib

Sorry this entry isn’t available in the selected language

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) — Wakil Perdagangan Amerika Duta Besar Ron Kirk Selasa mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di sini.

Kirk berkata dalam kunjungan itu, beliau berpeluang berbicara tentang perkara kepentingan bersama antara Najib dan Presiden Amerika Barack Obama.

“Memang menjadi hasrat kami untuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dan di seluruh rantau ini melalui rundingan mengenai gandingan merentasi Pasifik,” katanya kepada pemberita.

Kirk berkata Najib membuat keputusan berani dengan menjadikan gandingan merentasi Pasifik sebagai sebahagian daripada transformasi ekonomi lebih meluas untuk meningkatkan pendapatan peribadi Malaysia sebanyak sekali ganda menjelang 2020.

Duta Besar Amerika ke Malaysia Paul W. Jones dan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis hadir pada pertemuan itu.

“Kami menyatakan bagaimana kami boleh memanfaatkan kepimpinan Malaysia, bukan saja dalam hubungan dua hala kami, tetapi juga dalam matlamat kami untuk cuba menyempurnakan gandingan merentasi Pasifik,” katanya.

Kirk berkata beliau berpendapat Obama dan Najib mempunyai hubungan peribadi yang rapat kerana mereka pernah bertemu dan bekerjasama dengan baik.

Kirk memulakan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia, semalam.

Sumber : Bernama

Leave a Reply