Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tiada satu pun ayat yang memperakui keberkesanan pentadbiran Kerajaan PN ... - Najib Razak

Tiada satu pun ayat yang memperakui keberkesanan pentadbiran Kerajaan PN …

Tiada satu pun ayat yang memperakui keberkesanan pentadbiran Kerajaan PN dalam kenyataan YDPA mahupun dalam perincian diberi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi menzahirkan titah DYMM Raja Raja Melayu yang mengadakan perjumpaan hari ini.

Bahasa bahasa istana yang dizahirkan melalui kedua-dua pernyataan dikeluarkan menjurus kepada kebimbangan bersulam keresahan sebagaimana didepani rakyat akan keadaan negara serta kehidupan rakyat ketika ini termasuk keadaan Covid-19 yang semakin parah meskipun kerajaan PN telah diberi kuasa penuh kerajaan.

Amat jelas pendirian yang dititahkan YDP Agong dan DYMM Raja Raja Melayu akan pendirian berkecuali namun mahukan nyawa dan kehidupana rakyat wajib diutamakan, dan demikian juga pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

Daulat Tuanku.

Patik menjunjung kasih dan menyokong penuh kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157955638160952/

Leave a Reply