Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Terbaik Tun! Tak mahu double standards. Kita geng. Tun kata "COVID-19... - Najib Razak

Terbaik Tun! Tak mahu double standards. Kita geng. Tun kata “COVID-19…

Terbaik Tun! Tak mahu double standards.

Kita geng.

Tun kata “COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan.”

Jadi, apa pandangan Tun berhubung gambar-gambar ini:

1. PM8 berjalan-jalan tanpa pakai mask di lobi hotel.

2. PM8 pulang dari Arab Saudi dan UAE tapi dia dan rombongan dia tak asingkan diri untuk kuarantin. Terus meeting dengan menteri kanan tak HD serta geng dia yang datang sambut dia sebaik sahaja turun dari kapal terbang.

3. Menteri kanan tak HD buat meeting beramai-ramai hanya 6 hari selepas pulang dari luar negara di mana dia banyak kali buat meeting beramai-ramai di sana pada ketika kerajaan telah naikkan semula tempoh kuarantin dari 7 hari ke 14 hari sebab bimbang kemasukan varian-varian baru lebih berbahaya merebak ke dalam negara.

Pada pandangan Tun, adakah wartawan patut soal pelaku tersebut atau minta penjelasan dari KKM dan pihak polis?

Ataupun Tun yang tak suka double standards akan terus terang soal mereka?

Saya pernah tanya tapi mereka tak layan. Tengok nasib Tun pulak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157884403045952/

Leave a Reply