Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR Pembangunan... - Najib Razak

TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR Pembangunan…

TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

Pembangunan Luar Bandar

140. Untuk memperkukuh dan menambahbaik infrastruktur asas serta meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, sebanyak 4.1 bilion ringgit disediakan untuk pelbagai program pembangunan luar bandar untuk projek infrastruktur asas seperti berikut:

Pertama: Sejumlah 980 juta ringgit diperuntukkan untuk membaikpulih dan menaiktaraf 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara. Di samping itu, sebanyak 500 juta ringgit disediakan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo;

Kedua: Sebanyak 457 juta ringgit disediakan bagi program bekalan air bersih dan terawat kepada lapan ribu unit rumah di luar bandar. Selain itu, sejumlah 75 juta ringgit diperuntukkan untuk membekal tangki air di Sarawak;

Ketiga: Sebanyak 865 juta ringgit disediakan bagi program bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 16 ribu rumah di seluruh negara. Manakala, bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah, sebanyak 265 juta ringgit diperuntukkan. Ini bagi mengukuhkan sistem penjanaan dan penghantaran seperti menaiktaraf Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, pembinaan talian penghantaran elektrik Kimanis dan pembinaan stesen suis utama di Sandakan;

Keempat: Sejumlah 179 juta ringgit diperuntukkan untuk membina dan membaik pulih sebanyak 20,000 unit rumah rakyat miskin di kawasan luar bandar;

Kelima: Bagi menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar dalam bidang keusahawanan dan meningkatkan pendapatan, sebanyak 20 juta ringgit disediakan untuk program Rural Business Challenge yang merangkumi pengeluaran makanan, ternakan ikan, membaiki kenderaan dan agro pelancongan; dan

Keenam: Sejumlah 109 juta ringgit disediakan bagi program pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup serta kemudahan infrastruktur bagi masyarakat Orang Asli.

141. Kerajaan juga akan meneruskan projek Rancangan Tebatan Banjir antaranya di Sungai Muda Kedah, Lembangan Sungai Muar Johor, Sungai Bunus Kuala Lumpur dan Bandar Pekan Pahang. Untuk ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 659 juta ringgit. Selain itu, Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak 79 juta ringgit bagi kerja mengorek dan mendalam kuala-kuala sungai.

142. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan bumiputera Sabah dan Sarawak yang menghadapi kesukaran dalam proses pemilikan tanah adat. Sehubungan itu, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676022405952/

Leave a Reply