Tapi Menteri pengangkutan Singapura bukan sudah beritahu parlimen mereka…

Tapi Menteri pengangkutan Singapura bukan sudah beritahu parlimen mereka bahawa Malaysia mahu HSR berakhir di KLIA dan kemudian teruskan perjalanan melalui ERL milik syarikat YTL yang lajunya separuh lebih perlahan berbanding kelajuan tren HSR?

Bagaimana nak buat tender terbuka untuk pilih atau tidak pilih ERL pula?

Dan apakah alternatif lain yang sedang dikaji untuk ganti HSR KL-Singapura jika ianya tidak melibatkan Singapura?

Adakah ianya mampu memberi impak ekonomi yang sama sekiranya matlamat integrasi ASEAN tidak tercapai dan adakah ianya akan menjamin keuntungan syarikat operasi jika jumlah penumpang dan pendapatan syarikat operasi adalah jauh lebih rendah?

Ini seumpama berbelanja RM10 tapi kita dapat pulangan RM50 berbanding berbelanja RM7 tapi pulangannya cuma RM5.

Ya, kami jimat RM3 tapi pulangannya menjadi negatif pula.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157600888365952/

Leave a Reply