Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tahu kah anda bahawa ahli-ahli parlimen PH Plus memberi sokongan padu bagi... - Najib Razak

Tahu kah anda bahawa ahli-ahli parlimen PH Plus memberi sokongan padu bagi…

Tahu kah anda bahawa ahli-ahli parlimen PH Plus memberi sokongan padu bagi meluluskan usul kerajaan PN untuk meminta bajet tambahan sebanyak RM11.97 bilion dalam sesi parlimen semalam.

Kenapa PH Plus sokong penuh usul PN?

Sebab usul bajet tambahan ini adalah untuk perbelanjaan tambahan di luar bajet negara yang sudahpun digunakan oleh kerajaan PH Plus pada tahun 2019.

Sebelum PRU14, PH Plus asyik kritik saya apabila kerajaan meminta bajet tambahan.

Tuduh saya boros, tak tahu jaga ekonomi dan membazir.

Misalnya pada bulan Mac 2018, kerajaan BN minta bajet tambahan sebanyak RM7.12 bilion kerana terlebih guna RM7.12 bilion berbanding bajet.

Kami dikritik walaupun permintaan bajet tambahan ini diimbangkan dengen hasil kerajaan untuk tahun itu yang jauh lebih tinggi berbanding andaian dalam bajet sebab ekonomi tahun itu berkembang pesat.

“β€œGiven that the supplementary budget will be partly offset by higher revenue collection due to a more buoyant economy, the fiscal deficit target of 2.8% of GDP is likely to be met. Another key factor helping the government to achieve the deficit target is that the GDP denominator expanded strongly at 9.9% last year, thereby shrinking the debt-to-GDP ratio,” Yeah told SunBiz”
https://www.thesundaily.my/archive/supplementary-budget-wont-derail-efforts-cut-fiscal-deficit-economists-FUARCH534231

Namun selepas PH Plus menang PRU14 dan ambil alih negara, kerajaan PH Plus asyik meminta bajet tambahan yang jauh lebih tinggi.

Untuk tahun 2018, PH Plus terlebih belanja RM19.6 bilion.

“Parlimen lulus bajet tambahan RM19.6b”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548910/parlimen-lulus-bajet-tambahan-rm196b

Bagi tahun 2019, kerajaan PN perlu meminta bajet tambahan RM11.97 bilion bagi PH kerana PH terlebih belanja tahun lepas.

“Bill seeking RM11.97b supplementary budget passes second reading in Dewan Rakyat”
https://www.theedgemarkets.com/article/bill-seeking-rm1197b-supplementary-budget-passes-second-reading-dewan-rakyat

Walaupun Rakyat disuruh ikat perut kononnya nak bayar hutang negara, perbelanjaan kerajaan PH adalah jauh lebih tinggi berbanding masa BN.

Jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan:

2017: RM262.6 bilion
2018: RM287.1 bilion
2019: RM316.0 bilion.

(angka-angka di atas dari data rasmi Perbendaharan Malaysia: https://www1.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2020/hasil/st_kewangan.pdf (muka surat 5))

Walaupun bajetperbelanjaan kerajaan pada tahun 2018 dan 2019 adalah paling tinggi dalam sejarah, PH masih memerlukan bajet tambahan amat tinggi sebanyak RM19.6 bilion (2018) dan RM11.97 bilion (2019) sebab mereka terlebih belanja.

Namun, takdepun PH Plus tuduh diri sendiri sebagai boros, tak tahu jaga ekonomi dan membazir.

Inilah sebab defisit negara dan kadar kenaikan hutang negara pada masa Gagalkrasi PH memerintah di bawah akauntan gagal itu adalah jauh lebih besar berbanding masa BN.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157279632405952/

Leave a Reply