Suku 2 tahun 2020 adalah antara suku tahun paling mencabar dalam sejarah…

Suku 2 tahun 2020 adalah antara suku tahun paling mencabar dalam sejarah Malaysia di mana KDNK negara rosot 17.1% – iaitu kejatuhan paling tinggi dalam ASEAN.

Hasil kerajaan juga terjejas masa itu akibat kejatuhan teruk harga minyak, kejatuhan mendadak perbelanjaan Rakyat dan penutupan hampir semua sektor perniagaan.

Masa itu, PKP 1.0 yang sangat ketat dilaksanakan tetapi bantuan kerajaan kepada Rakyat untuk menghadapi PKP adalah paling tinggi.

Sebab itu, saya amat hairan kenapa hasil kerajaan bagi suku 1 tahun 2021 adalah jauh lebih rendah dan perbelanjaan kerajaan adalah lebih tinggi berbanding suku 2 tahun 2020 memandangkan PKP 2.0 adalah separuh masak dengan banyak kelonggaran bagi sektor-sektor ekonomi, harga minyak telah memulih hampir 3 kali ganda dan bantuan bagi PKP 2.0 tidak seberapa.

Akibatnya, defisit kerajaan bagi suku 1 tahun 2021 semasa darurat dilaksanakan adalah paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Suku 2 tahun 2020 (PKP 1.0):
Hasil kerajaan: RM56.5 bilion
Perbelanjaan kerajaan: RM81.0 bilion
Defisit kerajaan RM24.6 bilion

Suku 1 tahun 2021 (PKP 2.0):
Hasil kerajaan: RM49.5 bilion
Perbelanjaan kerajaan: RM86.6 bilion
Defisit kerajaan RM37.1 bilion

Sumber data dari BNM: https://www.bnm.gov.my/documents/20124///537ff65b-6d77-6f6b-c6a1-213ca848deef/

Perlu ingat bahawa defisit keseluruhan tahun 2020 ialah RM86.5b (2019: RM51.5b) manakala jumlah defisit diluluskan dalam bajet 2021 adalah RM84.8b.

Ini baru masuk suku pertama (3 bulan), defisit kerajaan dah sebanyak 44% daripada defisit RM84.8b bagi keseluruhan bajet tahun 2021 yang diluluskan?

Jika trend defisit suku 1 diteruskan, defisit bagi keseluruhan tahun 2021 akan melepasi RM148 bilion (iaitu RM64b lebih tinggi berbanding unjuran dalam bajet 2021) yang keseluruhannya akan dibiayai melalui penambahan hutang negara.

Hasil kerajaan suku 1 tahun 2021 sebanyak RM49.5b pula di bawah unjuran dan hanya 21% daripada andaian kerajaan bagi keseluruhan tahun 2021 sebanyak RM236.9 bilion.

Adakah ini akibat pelaburan asing tak masuk masa darurat?

Sebab itu, ianya penting bahawa perbelanjaan kerajaan dipantau dalam parlimen tapi Akta kewangan kerajaan digantung melalui ordinan darurat pulak.

Akibatnya hasil kerajaan menjunam manakala perbelanjaan kerajaan dan defisit kerajaan pecah rekod pada ketika bantuan untuk Rakyat bagi PKP 2.0 tak seberapa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157864786785952/

Leave a Reply