Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Siapa pernah ke Medan Niaga Satok di Kuching? Pagi ini saya telah... - Najib Razak

Siapa pernah ke Medan Niaga Satok di Kuching? Pagi ini saya telah…

Siapa pernah ke Medan Niaga Satok di Kuching? Pagi ini saya telah mengunjungi pasar itu untuk bertemu dengan para peniaga dan orang ramai. Tak ingat bila kali terakhir saya lihat ikan pari sebesar ini! Rasanya sudah tentu sedap kalau buat asam pedas dimasak sekali dengan terung Dayak.

Para peniaga dan orang ramai ada memberi maklum balas kepada saya mengenai beberapa perkara seperti kos sara hidup dan infrastruktur di Sarawak. Inilah yang saya mahukan – perhubungan komunikasi antara pemimpin dan rakyat.

Saya faham dan berjanji akan meningkatkan usaha untuk memakmurkan Sarawak, meningkatkan taraf hidup rakyat negeri terutamanya di luar bandar dan mengekalkan perpaduan kita yang sedia ada dan menolak unsur ekstremisme yang bertentangan dengan konsep 1Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152609008685952/

Leave a Reply