Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Shafie Apdal sudah melakukan kesilapan besar yang akan memberi masalah... - Najib Razak

Shafie Apdal sudah melakukan kesilapan besar yang akan memberi masalah…

Shafie Apdal sudah melakukan kesilapan besar yang akan memberi masalah berpanjangan kepada Sabah dan Malaysia.

Pada 28 Ogos, dia tiba-tiba keluarkan kenyataan bahawa dia mahu rundingan dengan negara Filipina dilakukan untuk menyelesaikan tuntutan Filipina untuk mengambil Sabah.

Bila dia kata demikian, Shafie telah memberi asas (atau legitimacy) kepada tuntutan Filipina ini.

Benda ini paling fundamental dalam diplomasi. Tapi dia buat salah pulak – entah dengan sengaja atau tidak.

Shafie tak faham bahawa bila Ketua Menteri secara rasminya sebut boleh runding maksudnya ada ruang untuk “settle” dengan pelbagai pampasan lain yang boleh dituntut oleh mereka.

Boleh bincang maksudknya boleh settle, kan?

Sebab itu, kerajaan BN tak pernah layan dan tak pernah mahu berunding tentang tuntutan rasmi negara Filipina sehingga mereka tutup office tuntutan mereka pada tahun 1970an.

Kerana kita tidak merestui tuntutan itu.

Sepanjang tempoh 9 tahun saya jadi PM, kerajaan Filipina tak pernah bangkitkan isu tuntutan Sabah ini. Yang tuntut cuma keluarga Kiram.

Tak sampai 4 hari selepas Shafie buat kenyataan mengejut (serta tak pandai) itu, kerajaan Filipina umum mereka akan buka semula pejabat kerajaan (yang telahpun tutup lebih 30 tahun) untuk tuntut Sabah secara rasmi.

Kesan dari pembukaan semula pejabat Filipina ini akan menyebabkan pelbagai pergaduhan, masalah dan ancaman keselamatan kepada negara bagi jangkamasa panjang yang akhirnya akan merugikan Sabah dan Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157358523220952/

Leave a Reply