Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Setelah seorang akauntan gagal didakwa ada kepentingan 10% projek hartanah... - Najib Razak

Setelah seorang akauntan gagal didakwa ada kepentingan 10% projek hartanah…

Setelah seorang akauntan gagal didakwa ada kepentingan 10% projek hartanah bernilai RM40 bilion syarikat terowong dan telah dibayar cash RM3.3 juta oleh syarikat terowong, baru kita faham kenapa projek kondo milik syarikat terowong ini mendapat layanan paling istimewa dari kerajaan DAP.

Ini satu lagi contoh.

Lembaga Rayuan kerajaan negeri Pulau Pinang ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak berpuas hati di atas keputusan Permohonan Kebenaran Merancang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga akan menimbang kes-kes tersebut dan akan membuat keputusan dengan adil berdasar perbicaraan.

Pada bulan April 2016, Lembaga Rayuan Pulau Pinang telah mengarahkan pembinaan projek kondo mewah two blok 40 tingkat milik syarikat terowong yang dibina atas tana hdibayar kerajaan negeri untuk kos laporan digantung sementara setelah penduduk di sana mengadu bahawa:

– penduduk tempatan tidak dibenarkan peluang membantah projek dan ianya diluluskan dengan paling cepat sekali.

– kepadatan projek tersebut (156 unit kediaman setiap ekar) jauh melebihi garis panduan MBPP sebanyak 30 unit setiap ekar.

(Tengok gambar. Kediaman-kediaman lain di lokasi itu paling tinggi 3 tingkat. Tiba-tiba

Namun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiba-tiba merayu keputusan Lembaga Rayuan sendiri dengan alasan bahawa Lembaga itu tidak perlu mengambil kira kepentingan awam semasa membuat keputusan dan lembaga itu tiada kuasa untuk gantung kerja pembinaan.

Lembaga Rayuan amat marah kerana ianya kali pertama MBPP merayu keputusan lembaga kerajaan sendiri dan arahkan MBPP untuk membayar kos RM35,000 kerana merayu keputusan lembaga kepada penduduk di sana.

Lembaga Rayuan juga kata ianya tidak masuk akal bahawa MBPP tuduh kepentingan awam tidak perlu di ambil kira dan lembaga kerajaan negeri tiada kuasa untuk gantung kerja.

13 Apr 2016: “Yeo labelled the council’s submission that the board do not need to take public interest into account as “absurd”. It defies common sense as matters of public interest is certainly relevant in the function of the board,” he said”
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2016/04/13/penang-board-chides-council-for-appealing-against-condo-project-orders-it-t/1099441

Akhirnya pembinaan kondo tersebut dibenarkan dan telah siap dibina dan dijual walaupun tiada sebarang kerja pembinaan terowong ataupun jalan berkaitan pernah bermula dan hampir semua penduduk di sana membantah projek kondo tersebut.

Mungkin kerana kerajaan DAP telah memberi kuasa kepada Ketua Menteri pada 18 Jun 2009 bahawa Ketua Menteri boleh isytihar mana-mana projek pembangunan sebagai “projek istimewa” (special projek) yang tidak perlu mematuhi mana-mana garis panduan pembinaan atau pelan struktur kerajaan tempatan.

Layanan paling istimewa kepada projek hartanah syarikat terowong termasuk:
– Boleh langgar garispanduan sendiri.
– Tak payah hirau kepentingan awam penduduk.
– MBPP diarahkan merayu keputusan lembaga kerajaan sendiri.
– Projek diluluskan oleh MBPP dengan kadar paling laju (cuma 8 hari) sahaja.

Lagi laju ialah projek kondo ini sudah dilancar, mula dijual dan deposit RM5,000 sudah dikutip oleh agent hartanah dari pembeli sejak tahun 2013 lagi iaitu jauh sebelum projek diluluskan MBPP pada tahun 2015.

Dec 2013: City of Dreams to be Launched in Penang
https://www.noweating.com/2013/12/city-of-dreams/

Page FB projek pun sudah dibuka masa itu:
https://www.facebook.com/CityofDreamsPG/

Nama projek, spesifikasi projek, lokasi projek sudah diketahui dan dirancang pihak-pihak tertentu bertahun dahulu walaupun lokasi tanah yang akan dibayar kepada syariakt terowong belum dikenal pasti, kajian mahal giler belum siap dan kelulusan MBPP yang amat pantas belum pernah dipohon.

Mereka boleh ramal masa depan. Seolah-olah Doraemon sudah memberi petunjuk kepada Nobita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157291544735952/

Leave a Reply