Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Setelah kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9... - Najib Razak

Setelah kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9…

Setelah kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak.

Dah mula cakap macam Guan Eng ni walaupun ini bulan Ramadan.

Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB.

Ini realitinya.

Hutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion
Hutang 1MDB pada tahun 2021: RM32.3 bilion
(satu sen prinsipal hutang pun tak pernah dibayar PH dan PN sejak PRU14)

Dana diperolehi dan diumum kerajaan setakat ini:
– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion
– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta
– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta
– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion
– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion
– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta
– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b
– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta
– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion

Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion
(ke mana perginya duit ini dan kenapa tak guna untuk selesaikan sepenuhnya hutang RM33.2 bilion 1MDB?)

Dana belum diumum kerajaan:
– penyelesaian KPMG: dlm rundingan
– penyelesaian Wong & Partners: dlm rundingan
– penjualan Bangunan Exchange 106: belum diumum
– penyelesian dengan IPIC, Abu Dhabi (masa BN ianya sebanyak RM21 bilion): dlm rundingan

Aset yang masih tinggal dlm 1MDB
– penjimatan dari penyelesaian IPP berat sebelah ketinggalan PM4 (sebab itu, rizab tunai Petronas naik ke RM176b tapi semua telah dikikis PH dan PN melalui dividen tinggi) Sekitar RM50 bilion
– Pembinaan dan naik taraf 8 pangkalan MINDEF termasuk Sendayan: RM2.7 bilion
– Baki 40% kepentingan dalam Bandar Malaysia: 40% dari GDV RM140 bilion
– 100% TRX: GDV RM40 bilion

Aset-aset ini belum kira lagi ke?

Hutang 1MDB membebankan tapi wang RM33.4 bilion dan baki aset 1MDB yang masih bernilai ratusan bilion Ringgit tak ringankan beban ke?

Aset yang naik RM1.2 trilion oleh kerajaan BN masa saya PM dari RM800 bilion pada akhir 2008 ke RM2 trilion pada akhir 2017 untuk PH jarah dan PN belanja RM600 bilion termasuk tabung KWAN RM16.9 bilion itu tak ringankan beban pulak?

Wang RM600 bilion yang PM8 kata dia belanja itu, PN dapat dari mana? PN menabung dari kecil ke?

SOALAN TAMBAHAN bagi kerajaan dan Jkom: Najib yang jadi mastermind untuk curi RM2.6b tapi orang lain yang bayar gantirugi RM33.4 bilion ke?

—–
Hutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion
“17 Julai 2019: RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada akhir tahun 2018”
https://www.sinarharian.com.my/article/38270/BERITA/Nasional/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Bajet-sahkan-hutang-negara-RM11-trilion

Hutang 1MDB pada tahun 2021:
“26 Mac 2021: 1MDB masih miliki hutang RM32.3 bilion”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/800596/1mdb-masih-miliki-hutang-rm323-bilion

“15 April 2020: 1MDB: Malaysia terima AS$620 juta dari AS setakat ini”
https://www.sinarharian.com.my/article/78970/BERITA/Nasional/1MDB-Malaysia-terima-AS$620-juta-dari-AS-setakat-ini

“2 April 2019: Kapal mewah ‘Equanimity’ dijual pada harga RM514 juta kepada Genting”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapal-mewah-equanimity-dijual-pada-harga-rm514-juta-kepada-genting-203080

“Mei 2020: Dengan perkiraan penyelesaian dengan Riza Aziz ini, Kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali sejumlah kira-kira USD108 juta
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/579484/tommy-thomas-secara-prinsip-setuju-dnaa-riza-aziz

“24 Julai 2020: 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/714425/1mdb-goldman-sachs-setuju-bayar-as39-bilion

“27 Feb 2021: 1MDB: Ambank setuju bayar RM2.83 bilion”
https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/1mdb-ambank-setuju-bayar-rm2-83-bilion/

“17 Dis 2019: Pembayaran oleh IWH-CREC untuk kepentingan 60 peratus itu dimeterai pada tanah Bandar Malaysia yang bernilai RM12.35 bilion. Projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion itu juga membolehkan langkah kerjasama berpotensi dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639543/projek-bandar-malaysia-bermula

“27 Mei 2019: Newsbreak: 1MDB’s land in Pulau Indah up for sale”
https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-1mdbs-land-pulau-indah-sale

“31 Julai 2018: Malaysia to probe 1MDB Penang land deal: Finance Minister Lim Guan Eng”
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-to-probe-1mdb-penang-land-deal-finance-minister-lim-guan-eng

“3 Mac 2021: Putrajaya settles with Deloitte for RM324m in relation to 1MDB scandal”
https://www.theedgemarkets.com/article/putrajaya-settles-deloitte-rm324m-relation-1mdb-scandal

“4 Mac 2021: MoF looking at 1MDB settlements with KPMG, Wong & Partners — sources”
https://www.theedgemarkets.com/article/mof-looking-1mdb-settlements-kpmg-wong-partners-%E2%80%94-sources

“5 April 2021: Zafrul also said settlement talks were ongoing with Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC”
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-confident-attracting-more-foreign-investment-year



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157850876830952/

Leave a Reply