Seorang warga emas datang ke meja saya tadi selepas merasmikan mesyuarat…

Seorang warga emas datang ke meja saya tadi selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands. Encik Davianan menyerahkan sendiri satu nota, yang saya minta pegawai saya terjemahkan. Nota ini sangat menyentuh hati saya. Beliau kata terima kasih kepada saya kerana telah membantunya mendapatkan geran tanah untuk pertanian dan perumahan, yang membolehkan beliau mencari nafkah hidup. Ketika itu saya bertugas sebagai Menteri Besar Pahang.

Dalam menunaikan tugas, saya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab saya. Namun, nota terima kasih ini amat bermakna dan menceriakan hari saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada semua dan akan saya teruskan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153729275950952/

Leave a Reply