Semoga berjaya. KKM kata purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di…

Semoga berjaya.

KKM kata purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Apa makna Fasa 2?

Fasa 2 ini bermakna senarai positif Fasa 1 iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup akan diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor tetapi aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Penambahan sektor senarai positif semasa Fasa 2 termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.

Semasa Fasa 2, dengan pendekatan senarai positif, masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan perkhidmatan yang tidak disenaraikan dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai perabot.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157961445190952/

Leave a Reply