Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Semalam, saya bertemu dengan masyarakat Penan di Rumah Panjang Mareng, Suai... - Najib Razak

Semalam, saya bertemu dengan masyarakat Penan di Rumah Panjang Mareng, Suai…

Semalam, saya bertemu dengan masyarakat Penan di Rumah Panjang Mareng, Suai Niah, bersama dengan calon Barisan Nasional DUN Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon Barisan Nasional DUN Samalaju, Majang Renggi.

Hasil bantuan dan peluang yang diwujudkan oleh kerajaan BN, masyarakat Penan kini mempunyai taraf kehidupan yang jauh lebih baik.

Antaranya, saya gembira apabila mendapat tahu kisah mengenai anak-anak muda Penan yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

Ini jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak mengabaikan mana-mana kaum di Malaysia, sebaliknya kerajaan memberi fokus kepada mereka yang memerlukan bantuan kita.

BN akan sentiasa melaksanakan dasar dan rancangan pembangunan yang inklusif agar semua terus menikmati arus pembangunan moden.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153482521970952/

Leave a Reply