Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Semalam juga, pegawai-pegawai saya telah berhubung dengan kakak dan ibu... - Najib Razak

Semalam juga, pegawai-pegawai saya telah berhubung dengan kakak dan ibu…

Semalam juga, pegawai-pegawai saya telah berhubung dengan kakak dan ibu arwah Eddie untuk memberi segala bantuan yang kita mampu beri.

Turut dihubungi dan dibantu termasuk beberapa orang yang memberi komen dalam posting saya semalam.

Adalah tidak adil untuk tuduh saya ini dan itu jika tidak tahu cerita sebenar sebab saya tidak begitu gemar untuk selalu heboh-hebohkan.

Pada masa yang sama, saya juga tidak ingin dituduh atau difitnah lagi bahawa saya tidak berhati perut.

Seperti dijelaskan dalam mahkamah, saya pernah terima RM642 juta dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya gunakan sepenuhnya untuk pelbagai bantuan keagamaan dan kebajikan termasuk untuk banjir-banjir besar di Kelantan biarpun saya diberi kuasa mutlak untuk gunakan dana tersebut sebagaimana yang saya mahu. Satu sen dari RM642 juta itu pun saya tak guna untuk peribadi saya.

Mereka yang terima bantuan dan sedekah ini termasuk ahli-ahli masjid seluruh negara dan mereka yang pernah digantikan TV, peti sejuk, perkakas rumah, pakaian dan rumah baru setelah dimusnahkan air banjir akan tahu.

Inilah “perompak dan penyamun”.

Yang kononnya bukan perompak dan penyamun dengan anak-anak bilionaire seperti PM4/PM7 atau PM8 dengan anaknya yang memiliki syarikat developer tersenarai, bagaimana pula?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158002440930952/

Leave a Reply