Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Selain berita inflasi dijangka melepasi 5% tak lama lagi dan kerajaan PN... - Najib Razak

Selain berita inflasi dijangka melepasi 5% tak lama lagi dan kerajaan PN…

Selain berita inflasi dijangka melepasi 5% tak lama lagi dan kerajaan PN mewartakan ordinan darurat untuk mengetepikan akta kewangan Malaysia untuk berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan parlimen, satu lagi berita yang memberi impak yang besar kepada Rakyat dan ekonomi Malaysia turut diumumkan.

Iaitu nisbah bebanan hutang Rakyat kepada KDNK telah naik ke paras paling tinggi dalam sejarah.

Nisbah bebanan hutang isi rumah sekarang ialah 93.3% kepada KDNK. Satu kenaikan yang besar berbanding paras 82% pada tahun 2017 sebelum PRU14.

(Nampaknya hasrat PH untuk Malaysia bankrap belum sampai walaupun hasrat hutang RM1 trilion akan tercapai tahun ini. Malaysia tak bankrap tapi Rakyat yang mungkin bankrap dulu)

BNM kata kenaikan ini adalah akibat dasar kerajaan untuk mengecualikan cukai untuk penjualan kereta dan juga pelbagai pengeculian yang diberi bagi promosi pembelian rumah yang banyak meningkatkan pinjaman bank baru.

“According to BNM, household debt growth in 2H20 was mainly driven by car and housing loans, which expanded 6.1% and 7.4% from a year earlier respectively, lifted by strong response to sales and service tax exemption for the purchase of cars and various homeownership incentives.”

“1 Apr 2021: Malaysia’s household debt-to-GDP ratio surges to new peak of 93.3%”
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-household-debttogdp-ratio-surges-new-peak-933

BNM juga memberi amaran bahawa bebanan hutang rumah tangga ini berpotensi untuk melumpuhkan ekonomi pada masa depan.

“A concern over high household debt is that it may lead to a rapid deleveraging by households in the aftermath of a crisis, thus dampening or derailing economic recovery,” BNM warned in its Financial Stability Review for Second Half 2020 report released yesterday.

Amaran BNM ini adalah sama dengan amaran yang saya pernah beri kepada kerajaan PH dan PN bahawa berhutang hari ini bermakna daya membeli Rakyat masa depan akan terjejas.

Ini posting saya tahun lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157586424485952
——-
Saya agak berjaga-jaga dengan langkah kerajaan PN hari ini untuk melanjutkan lagi tempoh bebas cukai jualan bagi kereta secara pukal selama 6 bulan lagi ke 30 Jun 2021.

Sebelum ini, kerajaan sudah beri pengecualian ini selama 6 bulan sehingga akhir tahun ini sebagai satu langkah untuk melawan krisis ekonomi Covid dengan menggalakan penjualan kereta.

Saya faham ramai tak bersabar menjimat sedikit untuk membeli kereta baru tetapi kebimbangan saya ialah nisbah hutang isi rumah kepada KDNK yang meningkat semula selepas PRU14 dan sudah cecah 90% seperti dikatakan Gabenor BNM bulan lepas.

Ini adalah kadar yang amat tinggi dan nisbah yang tinggi ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara disamping menambah tekanan kewangan bulanan ke atas isi rumah bagi tahun-tahun mendatang.

Jika hutang isi rumah tinggi maka kurangnya lebihan wang untuk berbelanja, menyimpan atau melabur setiap bulan sebab kena bayar ansuran bank.

Ini akan memberi impak negatif kepada ekonomi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Gagalkrasi PH pernah buat sebegini apabila mereka memberi tax holiday 3 bulan pada tahun 2018.

Akibatnya, ekonomi menjadi lebih lemah pada tahun 2019 sebab ramai isi rumah sudah kurang wang untuk berbelanja setelah menambah kepada hutang.

Bagi saya, langkah pengecualian cukai jualan ini lebih menguntungkan syarikat kereta, bank-bank dan golongan kaya berbanding Rakyat biasa.

Golongan yang kaya akan menerima diskaun lebih besar untuk membeli kereta mewah.

Lebih mahal kereta, lebih besar manfaat kepada orang kaya.

Jika nak beri pengecualian, jangan beri secara pukal.

Berilah kepada mereka yang tidak pernah membeli dan mendaftar kereta baru sejak 5 tahun lepas dan hanya beri untuk kereta-kereta bukan mewah.

Utamakanlah pengangkutan awam (sebab jalan sudah jam). Jangan galak rakyat untuk sering bertukar kereta dan menambah hutang kepada bank.

Kerajaan juga akan rugi sebanyak RM5 bilion daripada pengecualian cukai jualan kereta.

Ini bermakna kerajaan akan kurang RM5 bilion untuk diberi sebagai bantuan prihatin kepada golongan B40 dan M40 yang lebih memerlukan bantuan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157800137345952/

Leave a Reply