Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sejak permulaan tahun sehingga 8 Mei, sebanyak 1,003 kematian Covid dicatat... - Najib Razak

Sejak permulaan tahun sehingga 8 Mei, sebanyak 1,003 kematian Covid dicatat…

Sejak permulaan tahun sehingga 8 Mei, sebanyak 1,003 kematian Covid dicatat di hospital manakala 158 mangsa meninggal dunia di luar hospital.

KP KKM kata peratusan pesakit Covid yang menemui ajal di luar hospital semakin menaik.

Sekiranya kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) semakin parah dan orang yang disyaki positif Covid terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk dinilai maka lagi ramai akan pilih untuk tidak ke sana dan terlepas untuk disahkan positif oleh KKM.

Sekiranya keadaan dan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) semakin melampau maka ramai juga tidak akan pilih untuk dimasukkan ke sana.

Maka bilangan kematian Covid di luar hospital akan terus meningkat.

Tidak boleh dinafikan ini adalah satu tanda jelas bahawa kerajaan sudah gagal menjaga Rakyat.

Jadi, perbetulkan kedua-dua kekurangan ini dengan segera. Jangan beri alasan bahawa ianya perkara biasa dan tak pelik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157894915840952/

Leave a Reply