Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sehingga kini, Rakyat masih tak tahu siapa sebenarnya yang arahkan kes... - Najib Razak

Sehingga kini, Rakyat masih tak tahu siapa sebenarnya yang arahkan kes…

Sehingga kini, Rakyat masih tak tahu siapa sebenarnya yang arahkan kes tuntutan Pulau Batu Puteh digugurkan sejurus selepas PH menang PRU14 dan kenapa.

Patut ada siasatan.

Saya terbaca beberapa komen yang menyalahkan saya sebagai orang yang gagal mempertahankan, menyerah ataupun telah menjual Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Laporan berita tahun 1998 ini jelas menunjukkan bahawa keputusan untuk merujuk isu Pulau Batu Putih (di panggil Pedra Branca di Singapura) kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ialah keputusan PM ke-4.

Lalu, Malaysia kalah dalam kes ini di mana ICJ telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih ialah milik Singapura pada bulan Mei 2008, iaitu sebelum saya menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Di bawah pentadbiran saya, kita telah membuat penyelidikan dan berjaya mendapat bukti-bukti yang baru untuk menyaman semula kes ini di ICJ.

Hasil dari ini, kita fail dua saman baru kepada ICJ pada tahun 2017 untuk mendapat semula Pulau Batu Putih.

Kes-kes baru ini tidak sempat didengar di ICJ tetapi peguam negara baru kita di bawah kerajaan PH telah tiba-tiba menghentikan saman-saman ini pada akhir bulan Mei iaitu sebaik sahaja mereka menang PRU14.

Singapura dengan gembira telah serta-merta mengumumkan mereka berjaya untuk mempertahankan Pulau Batu Putih.

“Singapore is “happy to agree” with Malaysia’s request to discontinue the cases it filed in 2017 with the International Court of Justice.”
https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/pedra-branca-icj-malaysia-discontinued-challenges-10288912

Saya pelik.

Seperti untuk banyak isu lain, saya di tuduh sebagai orang yang bersalah dan bertanggungjawab dalam isu Pulau Batu Putih walaupun saya pula ialah orang yang cuba menyelesaikan masalah-masalah legasi ini untuk mendapat solusi terbaik untuk negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157113969425952/

Leave a Reply