Sedih saya. Dapat WhatsApp tadi. Ingat lagi tak Nasi Lemak Bujang Dek Mat…

Sedih saya.

Dapat WhatsApp tadi.

Ingat lagi tak Nasi Lemak Bujang Dek Mat kat Cheras?

Saya pernah singgah tahun lepas beli.

Dimaklumkan saudara Mohd Nor Abdullah yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir terpaksa mengibarkan bendera putih.

Dek Mat perlukan bantuan.

Saya telah meminta pegawai saya untuk uruskan sedikit bantuan kepada Dek Mat secepat mungkin.

Masa BN, sistem bantuan dan kebajikan kerajaan kita kukuh.

Kita juga bekerjasama bersama NGO-NGO.

Tidak kira kawasan terpencil atau di bandar, kita pastikan bantuan sampai.

Sebagai parti politik yang mentadbir, BN dulu juga ada sumber dan kekuatan untuk membantu rakyat.

Apa yang kami ada, kami salurkan sepenuhnya kepada rakyat.

Sedihlah saya.

Apa yang telah jadi pada Malaysia?

Ini soal nyawa dan kelangsungan hidup rakyat!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157986536280952/

Leave a Reply