Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sedih bahawa keadaan kritikal seperti ini boleh berlaku selepas hampir 4... - Najib Razak

Sedih bahawa keadaan kritikal seperti ini boleh berlaku selepas hampir 4…

Sedih bahawa keadaan kritikal seperti ini boleh berlaku selepas hampir 4 bulan darurat dan PKP2.0 dilaksanakan.

Kapasiti hospital-hospital sudah dekat maksima atau sudah melepasi kapasiti.

Ini bukan saya yang beri amaran tapi ahli-ahli kerajaan sendiri.

Bilangan kematian baru Covid semalam sahaja sebanyak 23 mangsa manakala 17 kluster baru dikesan termasuk 4 kuster pendidikan.

Jumlah kluster Covid masih aktif pula cecah 400 kluster buat kali pertama dan menjadi 405 kluster.

Bagaimana KKM dan pihak penguatkuasa mampu kawal sebanyak 405 kluster di seluruh negara untuk tempoh berbulan-bulan?

Apakah akan terjadi jika trend kenaikan sejak dua minggu lalu berlanjutan dan bilangan pesakit kritikal serta kluster aktif naik 50% atau 100% lagi?

Jumlah kes Covid sudah cecah 420,632 (berbanding sekitar 100,000 kes pada awal Januari semasa darurat diisytihar) dan kini melepasi angka Arab Saudi.

Jumlah orang terkorban sejak darurat bermula pula cecah 1,000 mangsa.

Adakah sesiapa dalam kerajaan yang sedar, bimbang atau berasa salah dengan keadaan ini?

Lagi kecewa ialah kerajaan teruskan langkah PKP separuh masak yang telah terbukti gagal sebelum ini.

Jika PKP 2.0 terlalu longgar dan terbukti gagal, kenapa nak buat PKP 3.0 lagi longgar dari PKP 2.0?

Lagi longgar maksud akan lagi berjaya ke?

Adakah mudarat berpanjangan lagi baik berbanding pengorbanan seketika?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157868700300952/

Leave a Reply