Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sedih apabila membaca berita bahawa rakyat Malaysia beratur panjang untuk... - Najib Razak

Sedih apabila membaca berita bahawa rakyat Malaysia beratur panjang untuk…

Sedih apabila membaca berita bahawa rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke kedai pajak pada hari pertama PKPB.

Sejak akhir bulan Januari, saya dah berulang kali kata kita tak boleh pandang rendah impak krisis Covid kepada ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia.

(Masa itu, kerajaan PH juga berulang-kali kata impak ekonomi tak akan besar manakala Menteri Kewayangan janji ianya mustahil untuk kita mengalami kemelesetan ekonomi)

Bayangkan ini:
1. Harga minyak dunia boleh menjadi harga negatif buat kali pertama dalam sejarah.

2. KDNK China iaitu negara dengan ekonomi kedua terbesar dalam dunia susut 6.8% dalam suku pertama 2020 iaitu kejatuhan terbesar sejak 28 tahun yang lalu.

3. 33 juta warga Amerika yang merupakan ekonomi terbesar dunia hilang kerja dalam tempoh sebulan. KDNK Amerika Syarikat susut 4.8% pada suku pertama 2020 dan dijangka lebih teruk pada suku kedua kerana perintah berkurung mereka bermula lebih lewat berbanding China.

Sebab itu, kejadian seperti beribu-ribu kereta beratur sepanjang beberapa kilometer untuk meminta makanan percuma dari food bank (gambar) sering dilaporkan.

4. KDNK negara jiran Singapura susut 2.2% dalam suku pertama (Jan-Mac) berbanding suku yang sama tahun lepas dan susut 10.6% berbanding suku sebelumnya walaupun perintah berkurung mereka hanya bermula pada bulan April.

Di Malaysia pula, Rakyat Malaysia sudah pun hampir dua bulan tidak dibenarkan bekerja dan hilang mata pencarian. Namun bantuan prihatin kerajaan cuma diberi berdasarkan tempoh PKP selama satu bulan sahaja.

Mana mungkin ramai rakyat Malaysia tak susah masa sekarang – terutamanya golongan B40?

Sebab itu, saya telah beberapa kali minta kerajaan PN untuk menambah satu lagi Bayaran Prihatin Negara (BPN) kerana ianya tidak adil untuk memberi bantuan berdasarkan tempoh PKP satu bulan sedangkan tempohnya telah dilanjutkan kepada dua bulan.

Minggu lepas, kerajaan PN telah berjanji akan mengumumkan satu lagi program pemulihan ekonomi pada akhir Mei yang akan menjadi penghubung dan pelengkap kepada pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini untuk melindungi rakyat.

“Kerajaan cuba sedaya upaya untuk memastikan tidak ada orang yang tercicir. Program pemulihan ekonomi akan diumumkan akhir Mei ini akan cuba merangkumi rakyat yang tercicir.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/684432/pelan-pemulihan-ekonomi-dijangka-diumumkan-akhir-bulan-ini-tengku

Kita tunggu akhir bulan Mei tetapi kerajaan PN juga perlu mengurangkan birokrasi dan menyalurkan sebanyak bantuan yang mungkin dengan kadar paling laju kepada Rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157005232360952/

Leave a Reply