Sebentar tadi saya menghubungi ahli keluarga arwah Mohamed Zaili…

Sebentar tadi saya menghubungi ahli keluarga arwah Mohamed Zaili Mohamed.

Arwah adalah penghantar makanan yang menjadi mangsa kes dirempuh oleh pemandu disyaki mabuk.

Takziah kepada Puan Zahlawati Dahalan, isteri arwah, dan seluruh ahli keluarga.

Saya tahu betapa sedihnya kehilangan seorang ahli keluarga terdekat, lebih-lebih lagi arwah juga yang bekerja keras demi menyara keluarga.

Sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga mengikut kemampuan masing-masing.

Semoga tabah menghadapi dugaan ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157087148215952/

Leave a Reply