Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sebenarnya, titah YDP Agong dan Raja-Raja pemerintah pada bulan lepas sudah... - Najib Razak

Sebenarnya, titah YDP Agong dan Raja-Raja pemerintah pada bulan lepas sudah…

Sebenarnya, titah YDP Agong dan Raja-Raja pemerintah pada bulan lepas sudah menggariskan cara penyelesaian bagi bencana kesihatan dan ekonomi serta kemelut politik yang melanda negara pada ketika ini.

Antara yang dizahirkan :

1. Perlu adanya sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dan tegas.

Adakah kerajaan PN hari ini berupaya berfungsi dengan efektif? Adakah kerajaan hari ini kompeten dan berjaya membuktikan pencapaian?

2. Nyawa dan kehidupan Rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.

Adakah ini bermaksud kilang dan tapak pembinaan yang merupakan penyumbang utama Covid perlu terus diutamakan dan dibenar beroperasi dalam tempoh lockdown?

Raja-Raja Pemerintah faham bahawa selagi kesihatan dan nyawa Rakyat terancam, ekonomi juga tidak akan berfungsi dan sukar untuk memulih.

3. Program menangani Covid perlu mendapat sokongan majoriti Rakyat tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan tanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.

Adakah Rakyat yakin bahawa kerajaan PN jujur dalam usaha melawan Covid atau sengaja memanjangkan krisis untuk kekalkan kuasa sendiri?

4. Kaedah menangani Covid hendaklah bersifat inklusif dalam semangat sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, sedia melakukan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan baharu sehingga berjaya.

Adakah kerajaan PN memupuk semangat tersebut ataupun suka mengulangi berkali-kali langkah yang dah lama terbukti gagal untuk mengharap hasil berbeza?

5. Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat kenyakinan serta mendapat sokongan majoriti RAKYAT.

Adakah Raja-Raja Pemerintah titah sokongan majoriti Katak politik atau sokongan majoriti SD ahli-ahli parlimen yang merebut kuasa?

Adakah kerajaan akan menjadi lebih baik dan stabil sekiranya sebuah kerajaan yang sudah dituduh kerajaan pintu belakang yang tidak mendapat sokongan majoriti Rakyat diganti dengan sebuah lagi kerajaan pintu belakang melalui cara kumpul-kumpul SD dan pembelian katak yang hanya pentingkan sendiri?

6. Darurat tidak patut disambung.

Adakah kerajaan PN faham bahawa Darurat sudah gagal melawan Covid dan hanya akan terus menghakis keyakinan pelabur dan merosakkan keyakinan terhadap negara kita tanpa memberi sebarang manfaat?

Kebijaksanaan Raja-Raja Pemerintah jangan dipandang rendah atau tidak diendah oleh sesiapa.

Daulat Tuanku.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157987733495952/

Leave a Reply