Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya terbaca komen seorang kawan FB dari Sarawak yang tanya kenapa saya tak... - Najib Razak

Saya terbaca komen seorang kawan FB dari Sarawak yang tanya kenapa saya tak…

Saya terbaca komen seorang kawan FB dari Sarawak yang tanya kenapa saya tak buat projek HSR di Sabah dan Sarawak seperti di semenanjung Malaysia. Kononnya saya telah abaikan Sabah dan Sarawak semasa saya PM.

Ini tidak betul dan tidak adil.

Sebab pembangunan Sabah dan Sarawak adalah keutamaan saya masa saya PM.

Banyak yang kita perlu buat untuk perbaiki kesan dari pengabaian Sabah dan Sarawak masa PM4. (Cuba beri contoh apa projek signifikan yang dibuat di sana masa dia PM. Ada tak?)

Antara yang dibuat masa saya PM ialah projek mega Pan Borneo Highway yang bebas tol sepenuhnya walaupun projek sudah terlewat beberapa tahun akibat kegagalan gagalkrasi PH selepas PRU14.

Ini tak sama dengan Lebuhraya Utara Selatan di semenanjung Malaysia yang dikenakan tol (dan dilanjutkan konsesi tolnya oleh Menteri Kewayangan PH dari 18 tahun lagi ke 38 tahun lagi selepas PRU14).

Semasa saya PM juga, kita ada rancangan supaya Sarawak menjadi sebuah negari bebas feri dan bebas tol.

Akhirnya kita berjaya mencapai matlamat Sarawak menjadi negeri bebas tol sepenuhnya pada tahun 2016 apabila kita mansuhkan beberapa tol legasi ketinggalan zaman PM4.

Dan kita on the way untuk matlamat Sarawak menjadi bebas feri.

Masa saya PM, kita luluskan dan kita siapkan jambatan Batang Samarahan pada tahun 2018, jambatan Batang Sadong pada tahun 2016 dan jambatan Pandaruan yang mengubungkan Sarawak dengan negara Brunei pada tahun 2013.

Akibatnya, perkhidmatan feri terhenti terus di ketiga-tiga sungai tersebut.

Kita juga luluskan dan mula membina jambatan Batang Lupar, jambatan Rambungan serta jambatan Batang Igan tapi dihentikan Gagalkrasi PH selepas PRU14.

Tidak benar bahawa saya tak pentingkan Sabah dan Sarawak sebab visi padang ke Borneo memang antara impian saya.

Sebab itu, saya fokus pada infrastruktur-infrastruktur asas sebelum kita boleh menimbangkan projek-projek lebih maju seperti keretapi laju yang memerlukan kepadatan penduduk yang lebih tinggi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157594460545952/

Leave a Reply