Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya tak faham mengapa lanjutan pengecualian cukai jualan SST 10% tanpa had... - Najib Razak

Saya tak faham mengapa lanjutan pengecualian cukai jualan SST 10% tanpa had…

Saya tak faham mengapa lanjutan pengecualian cukai jualan SST 10% tanpa had bagi semua kereta buatan tempatan dan import diumum oleh PM8 sebagai “bantuan” untuk “Total” Lockdown.

Suruh orang duduk rumah tapi galak mereka keluar beli kereta, ya?

Gitu ke?

Tahun lepas dan sekali lagi pada bulan Mac 2021, saya telah beri pandangan saya bahawa lanjutan pengecualian SST bagi kereta yang bermula 30 Jun 2020 ini ada risikonya sebab ianya lebih menguntungkan syarikat kereta, bank-bank yang memberi pinjaman dan golongan kaya berbanding Rakyat biasa disamping akan memberi kesan negatif kepada Rakyat dan ekonomi masa depan.

Posting tahun lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157586424485952

Akhirnya terbukti benar apabila syarikat-syarikat kereta serta bank mengumumkan keuntungan rekod tertinggi manakala nisbah hutang isi rumah berbanding KDNK catat tahap 93.3% pada akhir tahun 2020 iaitu tahap paling tinggi dalam sejarah seperti diumum BNM.

Adakah KPI kerajaan PN untuk lihat nisbah hutang rumah tangga cecah 100%?

Antara paling happy juga adalah syarikat-syarikat insurans yang dapat lebih ramai customer tanpa menurunkan satu sen harga insurans pada ketika pampasan dibayar mereka terjimat sebab kemalangan dan kes pencurian kereta jatuh mendadak akibat orang ramai disuruh duduk rumah semasa PKP+lockdown yang berpanjangan.

Saya pernah beberapa kali minta kerajaan suruh syarikat insurans beri rebat kepada pelanggan tapi tidak dihirau.

“Tak adil pemilik kereta tetap bayar premium insurans sama harga walau penggunaan kereta menurun, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/14/tak-adil-pemilik-kereta-tetap-bayar-premium-insurans-sama-harga-walau-penggunaan-kereta-menurun-kata-najib/

Saya ulang……. (mcm pernah dengar je).

Saya faham ramai tak bersabar menjimat sedikit untuk membeli kereta baru tetapi kebimbangan saya ialah nisbah hutang isi rumah kepada KDNK yang meningkat semula selepas PRU14 akan menambah tekanan kewangan bulanan ke atas isi rumah bagi tahun-tahun mendatang.

Jika hutang isi rumah sangat tinggi maka kurangnya lebihan wang untuk berbelanja, menyimpan atau melabur setiap bulan sebab kena bayar ansuran bank.

Ini akan memberi impak negatif kepada ekonomi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Gagalkrasi PH pernah buat sebegini apabila mereka memberi tax holiday 3 bulan pada tahun 2018.

Akibatnya, ekonomi menjadi lebih lemah pada tahun 2019 sebab ramai isi rumah sudah kurang wang untuk berbelanja setelah menambah kepada hutang.

Bagi saya, langkah pengecualian cukai jualan ini lebih menguntungkan syarikat kereta, bank-bank dan golongan kaya berbanding Rakyat biasa.

Golongan yang kaya akan menerima diskaun lebih besar untuk membeli kereta mewah.

Lebih mahal kereta, lebih besar diskaun dan manfaat kepada orang kaya.

Jika nak beri pengecualian, jangan beri secara pukal.

Berilah kepada mereka yang tidak pernah membeli dan mendaftar kereta baru sejak 5 tahun lepas dan hanya beri untuk kereta-kereta bukan mewah.

Utamakanlah pengangkutan awam (sebab jalan sudah jam). Jangan galak rakyat untuk sering bertukar kereta dan menambah hutang kepada bank.

Kerajaan juga akan rugi sebanyak RM5 bilion daripada pengecualian cukai jualan kereta.

Ini bermakna kerajaan akan kurang hasil SST sebanyak RM5 bilion untuk diberi sebagai bantuan kepada golongan B40 dan M40 yang lebih memerlukannya pada ketika PKP+lockdown yang tak habis-habis.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157928993570952/

Leave a Reply