Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya suka cara Mkini cuba pertahankan skandal terowong DAP. Mkini kata... - Najib Razak

Saya suka cara Mkini cuba pertahankan skandal terowong DAP. Mkini kata…

Saya suka cara Mkini cuba pertahankan skandal terowong DAP.

Mkini kata projek RM6.34 bilion itu layak diberi kepada konsoritum Zenith-BUCG pada tahun 2013 kerana syarikat BUCG dari China mempunyai modal berbayar RM541 juta yang melebihi keperluan modal minimum RM381 juta di bawah undang-undang perolehan kerajaan untuk projek bernilai RM6.34 bilion.

Tetapi syarikat BUCG ditendang keluar pada tahun 2016 dengan alasan mereka pernah terlibat dalam satu kemalangan kren di Kuala Lumpur.

(Sebenarnya, BUCG tidak pernah memiliki lebih RM10,000 saham dalam konsortium Zenith itu)

Ini bermakna sejak tahun 2016, konsortium itu sudah lama tak layak diberi projek itu kerana jumlah modal berbayar cuma RM5.75 juta berbanding keperluan minima RM381 juta.

Paling anehnya ialah kerajaan DAP Pulau Pinang tak pernah membatalkan anugerah projek walaupun penerima projek dah lama tak layak dari segi modal berbayar dan projek itu sudah lewat bertahun-tahun tanpa sebarang pembinaan pernah bermula.

Mungkin sebab kepentingan 10% kot.

(Dalam kertas siasatan SPRM terbongkar, selain sogokan kepentingan 10% itu pemilik syarikat terowong pernah mengaku bahawa dia terus membayar rasuah kepada DAP sebab dia tak mahu projek dia dibatal.)

Point kedua paling lawak ialah Mkini kata kerajaan Pulau Pinang DAP cuma “tersalah petik” nama syarikat gergasi CRCC dari China (pendapatan setahun melebihi RM400 bilion) sebagai salah sebuah syarikat dalam konsortium pemenang.

(Kerajaan DAP terpaksa U-turn kerana pada awal tahun 2018, CRCC keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah menyertai konsortium atau memilik saham atau ada niat melabur dalam syarikat terowong)

Ya lah tu… kerajaan DAP (termasuk Guan Eng) berulang-kali tersalah petik nama syarikat gergasi RM400 bilion setahun.

Raykat percaya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157267455740952/

Leave a Reply