Saya setuju dengan seorang pakar yang kata ekonomi akan jatuh semula ke…

Saya setuju dengan seorang pakar yang kata ekonomi akan jatuh semula ke paras paling teruk jika mutasi baharu Covid menular dalam Malaysia.

Pada ketika ini, terdapat 3 jenis mutasi baharu yang dianggap paling berbahaya – mutasi UK, mutasi Afrika Selatan dan mutasi Nigeria.

Lebih sebulan dahulu, Negara United Kingdom telah melarangkan penerbangan dari negara UAE untuk elak mutasi Afrika Selatan di bawa masuk.

“29 Jan 2021: UK bans direct flights from UAE, shutting world’s busiest international route”
https://www.channelnewsasia.com/news/world/uk-britain-ban-flights-from-uae-busiest-route-flying-travel-14067482

Bulan lepas, mutasi UK dikesan dari seorang yang pulang dari UAE ke Malaysia.

“Memang betul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengesan satu lagi kes varian B117 (Mutasi UK) daripada rakyat tempatan yang pulang daripada menjalani latihan di Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya.

“5 Feb 2021: Covid-19: Lagi kes varian B117 dikenal pasti”
https://www.sinarharian.com.my/article/122518/KHAS/Covid-19/Covid-19-Lagi-kes-varian-B117-dikenal-pasti

Pada awal bulan Mac ini pula, 2 kes mutasi Nigeria dikesan dari pelawat dari UAE ke Malaysia yang telah dikuarantin.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dikesan daripada dua warganegara asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif Covid-19 melalui ujian calitan.”

“5 Mac 2021: Covid-19: Malaysia lapor 2 kes pertama Varian Nigeria”
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/680821/covid-19-malaysia-lapor-2-kes-pertama-varian-nigeria

Sebab itu, KKM perlu memantau rapat keadaan dengan lebih rapat jika berlakunya pelanggaran SOP di kalangan rombongan PM8 yang baru pulang dari Arab Saudi dan UAE seperti didakwa media semalam.

“13 Mac 2021: MP: Adakah Muhyiddin langgar SOP kuarantin?”
https://www.malaysiakini.com/news/566441

Kesannya adalah amat parah bagi Malaysia jika mutasi baharu Covid yang lebih berbahaya berjaya menyusup masuk ke dalam komuniti Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157761347475952/

Leave a Reply